Sayu lihat kerusi Salahuddin kosong

Sayu lihat kerusi Salahuddin kosong

GAMBAR yang dikongsi Mohd. Zuki Ali mengenai kekosongan kerusi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ketika mesyuarat Jemaah Menteri, semalam. - Gambar FB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam berlangsung dalam suasana lain daripada biasa setelah tempat duduk Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kosong ekoran pemergian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, suasana sayu amat dirasai beliau tatkala melihat kekosongan kerusi ditinggalkan Allahyarham sebagai salah seorang sahabatnya dalam Jemaah Menteri.

“Meskipun beliau telah tiada, semangat dan komitmen beliau dalam menggalas tugas sebagai anggota Kabinet khususnya dalam menangani isu kos sara hidup rakyat akan diteruskan dan diperjuang sehingga agenda kerajaan tercapai,” kongsi beliau menerusi satu hantaran Facebook semalam.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

Perasaan sama juga dirasai Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang turut memuat naik gambar kerusi Salahuddin dalam bilik mesyuarat Kabinet.

“Dalam ingatan Kabinet. We remember you (kami ingat anda) Salahuddin Ayub,” tulis beliau menerusi satu hantaran Facebook. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN