Saya bukan boneka DAP -Anwar

Saya bukan boneka DAP -Anwar

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau bukan boneka kepada sesiapa dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Menurutnya, beliau tidak memimpin Kerajaan Perpaduan di bawah telunjuk DAP seperti yang dicanang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Dia (Mahathir) kata kita tunduk kepada DAP yang kuasai kerusi, saya ingin jelaskan, saya bukan boneka sesiapa.

“Alhamdulillah, umur akan mencecah 76, saya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, kalau boleh dibeli dah melencong lama dah,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Buku Adab Perbezaan Dalam Islam di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, rakan-rakan sejawat (pemimpin pelbagai parti dan kaum) itu penting dalam menjaga keharmonian dan perpaduan dalam negara.

Anwar berkata, beliau tidak bermaksud untuk mempertahankan rakan-rakan dalam DAP, tetapi sepanjang mesyuarat Kabinet, mereka tidak pernah langsung mempertikaikan program untuk orang Melayu dan Islam dalam tempoh tujuh bulan Kerajaan Perpaduan terbentuk.

Sebelum ini, Mahathir mendakwa  DAP mempunyai pengaruh yang kuat dalam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar malah, kerajaan sedia ada akan tumbang jika DAP menarik sokongan dalam kerajaan.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, Mahathir tidak wajar meletakkan kegagalan sebagai Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh kepada pihak lain.

“Jika kamu yang gagal dulu, kamu pimpin berpuluh tahun, itu salah kamu, bukan salah penyokong kamu.

“Mengapa ekonomi Melayu tidak terangkat sekarang, mengapa semua mesti saya selesaikan dalam tujuh bulan, dengan hutang RM1.5 trilion.

“Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua) mula hutang, untuk apa? Buka FELDA, jalan luar bandar, sekolah-sekolah baharu, itu keputusan baik yang saya sokong. Tapi, hutang kemudian itu apa? Projek mega untuk disakau berbilion, kemudian mahu kita pertahankan (negara) dengan guna Melayu dan Islam,” katanya.

Katanya, beliau sama sekali tidak akan mengizinkan amalan ‘sakau’ duit dilakukan dalam kalangan menterinya termasuk juga dirinya.

Jelasnya lagi, beliau juga akan terus mempertahankan hak dan keadilan kepada semua warganegara Malaysia termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

“Saya sebagai seorang Muslim tentunya ada tanggungjawab kepada Islam tapi saya juga tahu sebagai pemimpin di negara ini, saya akan pertahankan hak semua warganegara.

“Saya akan tetap meningkatkan syiar dan memastikan penghayatan Islam yang lebih bermakna dan tetap juga pertahankan hak dan keadilan setiap warganegara termasuk yang bukan Islam,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya