RM91.54j EMP telah disalurkan - Utusan Malaysia

RM91.54j EMP telah disalurkan

V. SIVAKUMAR (tengah) bersama sebahagian daripada penerima pada Program Intervensi Awal SIP 2023 dan Penyampaian Faedah Perkeso, Wisma Perkeso Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 23,655 orang pekerja telah diberhentikan setakat 17 Julai yang lalu dengan kebanyakannya melibatkan sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM91.554 juta jumlah bayaran Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) telah disalurkan.

“Sektor perkilangan dan perkhidmatan paling ramai merekodkan senario dihentikan pekerjaan berkenaan. Pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) layak menerima faedah EMP bagi tempoh tiga hingga enam bulan berturut-turut sekiranya mereka diberhentikan.

“Kadar permulaan sebanyak 80 peratus purata gaji anggapan selama enam bulan, tertakluk kepada had gaji siling RM5,000. Kadar bagi bulan berikutnya akan menurun kepada 50 peratus, 40 peratus, 40 peratus, 30 peratus dan 30 peratus,” ketika ditemui sempena Program Intervensi Awal SIP 2023 dan Penyampaian Faedah Perkeso di Wisma Perkeso Negeri Sembilan di sini, hari ini. 

Pada program berkenaan, beliau turut menyampaikan EMP kepada kira-kira 30 orang daripada 526 orang operator kilang dua buah syarikat ternama di negeri ini yang telah diberhentikan kerja.

Sivakumar berkata, berkata, langkah pengecilan tenaga kerja yang di kedua buah syarikat di Nilai dan Senawang itu difahamkan berlaku berikutan isu pengeluaran produk getah dan pembekalan komponen elektronik yang berkurangan sejak kebelakangan ini. 

Ujar beliau, kedua-dua syarikat berkenaan turut memaklumkan mengalami peningkatan kos bahan mentah dan penyelarasan gaji minimum yang memberi kesan terhadap perbelanjaan serta pusingan modal syarikat bagi jangka pendek.

“Oleh itu, hari ini saya telah menyampaikan EMP dengan jumlah keseluruhan RM50,000 untuk membantu 30 daripada bekas operator kilang terbabit. Bantuan perlindungan sosial ini, yang menjadi sebahagian daripada manfaat utama di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta800), bertujuan meringankan bebanan mereka dari segi kewangan sementara dalam proses mencari pekerjaan baharu.

“Intervensi awal SIP ternyata memberi kelegaan dan kelangsungan harapan kepada sekumpulan pekerja tempatan selepas perkhidmatan mereka dengan dua syarikat pengilangan ternama di sini ditamatkan,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya