TVET berkualiti asas kerjaya masa hadapan

TVET berkualiti asas kerjaya masa hadapan

POLITEKNIK Hulu Terengganu (PHT) menawarkan pendidikan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) yang lengkap, praktikal dan berdaya saing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA era globalisasi yang semakin mencabar, pemilihan institusi pendidikan selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi keputusan penting yang menentukan hala tuju masa hadapan pelajar. 

Keputusan ini merangkumi pemilihan kursus, persekitaran pembelajaran, kemudahan, peluang kerjaya serta nilai tambah sepanjang pengajian. Dalam konteks ini, Politeknik Hulu Terengganu (PHT) muncul sebagai destinasi utama lepasan SPM yang ingin membina masa hadapan melalui pendidikan teknikal dan vokasional (TVET).

PHT menonjol melalui pendekatan pembelajaran TVET yang menyeimbangkan teori dan amali. Berbeza dengan pembelajaran konvensional, institusi menekankan kemahiran praktikal yang diperlukan dalam dunia pekerjaan. 

Pelajar menguasai konsep dan mengaplikasikannya melalui makmal, bengkel serta projek industri. Pendekatan ini melatih graduan menjadi lebih bersedia menghadapi cabaran kerjaya sebenar.

Selain itu, institut ini menawarkan program pengajian yang selari dengan keperluan industri semasa. Kursus seperti pengurusan pelancongan, hospitaliti, perakaunan serta pengurusan resort meningkatkan kebolehpasaran graduan. Institusi ini sentiasa mengemas kini kurikulum supaya pelajar menguasai teknologi terkini dan memahami trend industri global.

Tenaga pengajar juga menyumbang kepada kecemerlangan institusi ini. Pensyarah berkelayakan dan berpengalaman industri menyampaikan pengajaran secara interaktif serta berfokuskan penyelesaian masalah. Hubungan rapat antara pensyarah dan pelajar mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyokong perkembangan akademik serta sahsiah.

Kemudahan kampus turut memperkukuh pengalaman pembelajaran dengan fasiliti makmal moden, bengkel berteknologi tinggi, perpustakaan lengkap serta kemudahan sukan. Asrama yang selesa dan persekitaran kampus yang tenang membantu pelajar memberi fokus sepenuhnya kepada pengajian.

Di samping akademik,  sahsiah pelajar turut dititikberatkan melalui aktiviti kokurikulum, program kepimpinan dan kesukarelawanan. Pelajar mengasah kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan melalui penglibatan aktif dalam kelab dan program komuniti.

Institusi pengajin ini juga menjalin kerjasama erat dengan industri. Pelajar menjalani latihan industri di syarikat terkemuka dan memperoleh pengalaman sebenar dunia pekerjaan. Pengalaman ini meningkatkan kemahiran teknikal serta membuka peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

Selain itu, yuran pengajian yang berpatutan serta bantuan kewangan seperti biasiswa dan pinjaman menjadikan PHT lebih inklusif. Graduan PHT juga mencatat kadar kebolehpasaran tinggi, malah ramai berjaya menjadi usahawan atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. –UTUSAN

 

MOHD KHAIRULAZMAN ABU BAKAR,

Ketua Unit Komunikasi Korporat,

Politeknik Hulu Terengganu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN