PRN: Ini penggal terakhir saya jadi wakil rakyat-MB Kelantan

PRN: Ini penggal terakhir saya jadi wakil rakyat-MB Kelantan

AHMAD Yakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan Datuk Ahmad Yakob mendedahkan pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos menjadi penggal terakhir buatnya bergelar wakil rakyat.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata, selepas itu beliau akan menyerahkan kerusi tersebut untuk diterajui muka baharu.

“Dalam parti pemimpin ada silih ganti dan kita (Pas) sentiasa memberi ruang kepada muka-muka baharu untuk memimpin.

“Hal ini kerana kita tidak mahu berlakunya ‘cah keting’ dalam parti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas  penamaan calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Pekan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Falahiah, di sini hari ini.

Pada PRN kali ini Ahmad yang sudah empat penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan akan berdepan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zamakh Sari Ibrahim.

Mengulas mengenai pertandingan dua penjuru Pesuruhjaya Pas negeri itu memberitahu, pihaknya tidak akan memberikan laluan mudah kepada lawan.

Katanya, Pas sudah mengikut segala gerak kerja yang sudah disusun supaya semua proses sehingga pertandingan berjalan dengan baik dan mencapai sasaran.

“Saya bagaimanapun, menyerahkan pemilihan ini kepada pengundi yang dianggap sudah matang dalam demokrasi.

“Alhamdulillah, penamaan calon berjalan dengan baik dan terserah kepada pengundi untuk memilih dan harap penyokong terbuka tanpa perkara negatif,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN