KUALA LUMPUR: Melihat senario kedatangan artis barat sering menimbulkan polemik, selebriti, Datuk AC Mizal, 52, berpendapat sudah masanya konsert bercorak Islamik diketengahkan sebagai hiburan alternatif di Malaysia. AC atau nama sebenarnya Mizal Datuk Zaini berkata, penganjuran konsert artis terkenal dunia akan memacu ekonomi sesebuah negara seperti yang berlaku di Singapura. Oleh itu, Malaysia perlu bijak meraih peluang menawarkan hiburan berunsur Islamik dengan barisan artis dan pelawak yang boleh membawa persembahan…