Pendidikan berteraskan agrosains mampu tawar peluang besar

Pendidikan berteraskan agrosains mampu tawar peluang besar dalam sektor pertanian, pengeluaran 

RUBIAH AWANG (kanan) menyampaikan Anugerah Yayasan Risda kepada Ahmad Kazim Mohamed Alauddin sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) kali ke- 20 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai hari ini. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pendidikan berteraskan agrosains dilihat mampu menawarkan peluang besar kepada perkembangan sektor pertanian dan pengeluaran makanan di negara ini. 

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, bidang Agrosains menjanjikan sumbangan yang amat besar kepada peningkatan ekonomi negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

“Bagaimanapun, tidak ramai graduan memilih kerjaya dalam bidang pertanian atas atas faktor tiga D iaitu kotor, bahaya and sukar walaupun hakikatnya bidang ini menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam kelasnya tersendiri.

“Sektor pertanian agromakanan misalnya, ia juga memerlukan kepakaran teknikal di lapangan dalam bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan kerana penggunaan teknologi moden seperti dron dan Internet of Things (IoT) mempelbagaikan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) kali ke- 20 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Risda, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Eksekutif UCAM, Faizatul Akmar Datuk Hisan. 

Tambah Rubiah lagi, kewujudan UCAM bakal menangkis persepsi bidang pertanian yang dianggap kurang menarik sebagai kerjaya. 

“UCAM menawarkan program pengajian agrosains bagi membentuk kerjaya agronomis dan agropreneur yang bukan sahaja dari kalangan pelajar di institusi secara sepenuh masa tetapi turut terlibat menerusi pembangunan komuniti luar bandar,” katanya. 

Sehingga tahun lalu, UCAM berjaya melahirkan seramai 5,268 graduan. 

Jelas Rubiah lagi, graduan UCAM juga menyumbang kepada peningkatan persekitaran ekonomi di mana pelbagai peluang pekerjaan berjaya diwujudkan untuk menyokong rantaian dalam sektor pertanian dan kewujudan pekerjaan ini membantu mengurangkan kadar. 

Dalam majlis konvokesyen tersebut, seramai 300 graduan berjaya menamatkan pengajian dalam peringkat ijazah sarjana muda, diploma, sijil dan program eksekutif. 

Seramai lima graduan terbaik menerima anugerah sempena Majlis Konvokesyen UCAM iaitu Penerima Anugerah Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (Graduan Keseluruhan Terbaik), Mohd. Shah Shafiq Hamran yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian (Kepujian), Anugerah Graduan Akademik (Ijazah Sarjana Muda) Terbaik diperoleh Muhammad Hanif Shahrin yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian (Kepujian). 

Selain itu, bagi Anugerah Graduan Akademik (Diploma) Terbaik diterima Ahmad Zahin Zairimi Kamarudin (Diploma Perakaunan) dan Anugerah Graduan Ko-kurikulum Terbaik pula disandang Fatin Nurizdian Mahamad Johari yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pertanian) (Kepujian). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya