MIC mahu pastikan ahli sokong Kerajaan Perpaduan

MIC mahu pastikan ahli sokong Kerajaan Perpaduan

M.SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin MIC akan turun berganding bahu dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan ahli-ahli mereka keluar me­ngundi dengan menyokong Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pihaknya akan turun padang bagi memastikan ahli-ahli parti keluar mengundi Kerajaan Perpaduan walaupun MIC tidak bertanding.

“Saya sebagai wakil MIC sudah memberitahu para pengundi kami untuk turun padang dan menyokong Kerajaan Perpaduan sedia ada.

“Tapi ini semua terpulang kepada pengundi kerana sekarang, mereka lebih tahu dan matang untuk memilih siapa pemimpin yang akan memimpin mereka nanti.

Sebelum ini, akhbar Utusan Malaysia melaporkan, MCA akan menjelajah ke semua enam negeri yang terlibat dalam PRN bermula minggu ini untuk memastikan ahli-ahli mereka keluar mengundi.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, parti itu akan tetap setia bersama perjuangan BN kerana percaya gabungan itu mampu menjamin kesejahteraan, kesederhanaan dan kestabilan politik.

Sementara itu, menurut Sa­ravanan, banyak pihak sudah menerima dengan hati terbuka mengenai keputusan MIC dan MCA untuk tidak bertanding dalam PRN akan datang.

“MIC ada lebih 600,000 ahli iaitu di Selangor, Kedah Dan Pulau Pinang. Jadi, kami akan berganding bahu bersama BN untuk pastikan semua pengundi dan ahli kami keluar mengundi pada 12 Ogos nanti. ­

“Selain usaha yang kami lakukan, saya juga berharap calon kepada parti nanti tidak bersikap buruk serta menghormati parti lain. Oleh itu, pe­ngundi akan hormat parti yang kita wakili,” katanya.

Menurut beliau, pemimpin yang akan bertanding nanti janganlah bersikap sombong, sebaliknya sentiasa merendah diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN