Hutang Felda dilupus, peneroka dakwa kenyataan mengelirukan

Hutang Felda dilupus, peneroka dakwa kenyataan mengelirukan

TOSRIN JARVANTHI (kanan) dan Hairolnizam menunjukkan penyata pinjaman peneroka yang diterima mereka daripada Felda di Felda Taib Andak, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang peneroka generasi pertama di Felda Taib Andak, Tosrin Jarvanthi, 73, mengakui telah menerima Penyata Pinjaman Peneroka berkaitan pelupusan sebahagian besar hutangnya seperti yang diumumkan dua tahun lalu.

Menurutnya, penyata yang diterima itu memaklumkan kira-kira 70 hingga 80 peratus hutangnya dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah dilupuskan.

“Sebagai peneroka Felda, saya terpanggil membuat kenyataan ini untuk membersihkan nama Tan Sri Muhyiddin daripada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.

“Malah, penyata yang diberi kepada peneroka atau wakilnya telah dikeluarkan pihak Felda sendiri, itu bukti penghapusan hutang peneroka bukan penipuan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Pada Sambutan Hari Peneroka 7 Julai lalu, kerajaanmendakwa langkah melupuskan hutang peneroka tidak dibuat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, sebaliknya perkara itu berterusan sehingga beliau mengambil alih kerajaan.

Pada 2021, Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat.

Tosrin yang menjadi peneroka Felda sejak 1979 berkata, itu merupakan kali pertama dia menerima penyata sedemikian yang disifatkan sebagai satu detik bersejarah.

Sementara itu, seorang wakil generasi kedua peneroka Felda, Hairolnizam Kusnin, 38, pula memberitahu, kenyataan itu telah mengelirukan ramai peneroka termasuk di Felda Taib Andak.

“Sebenarnya, semasa Muhyiddin umumkan perkara itu, saya juga tidak berapa percaya, tetapi apabila pihak Felda mengeluarkan penyata pinjaman peneroka baharulah saya yakin.

“Itu sudah membuktikan bahawa pelupusan hutang peneroka ini telah dimulakan beberapa tahun lalu, bukan baharu sahaja dilaksanakan,” katanya sambil berharap kerajaan dan Felda dapat tampil memberikan kenyataan sebenar tentang perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN