Gaji rendah punca graduan kejuruteraan tiada kerja, lari bidang

Gaji rendah punca graduan kejuruteraan tiada kerja, lari bidang

GAJI yang tidak setimpal dengan beban kerja dikatakan antara punca graduan kejuruteraan memilih pekerjaan lain di luar bidang yang mereka pelajari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Graduan kejuruteraan didakwa lebih berminat menceburi bidang lain selepas tamat pengajian kerana merasakan bidang jurutera tidak lagi menawarkan gaji yang setimpal dengan beban tugas.

Bekas Pengerusi Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM) Cawangan Sabah, Razalie Sindong berkata, banyak syarikat perunding kejurute­raan hanya mampu menawarkan gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 kepada graduan baharu kerana pendapatan syarikat yang terhad.

Katanya, situasi tersebut menyebabkan graduan kejurute­raan beralih arah ke bidang lain yang menawarkan gaji lebih tinggi.

“Beban tugas yang perlu digalas oleh seorang jurutera dianggap tidak setimpal dengan gaji ditawarkan dan dianggap rendah dan tidak berbaloi.

“Sebagai majikan, kita hanya mampu memberi gaji sekitar RM2,000 ke 3,000 sebabkan pendapatan syarikat pada masa ini adalah terhad.

“Jadi, ini merupakan kesan berangkai sekiranya majikan mendapatkan pendapatan yang kurang ia akan menyebabkan kita sukar untuk memberi gaji yang tinggi mahupun mengambil pekerja baharu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Razalie berkata, gaji yang rendah itu melemahkan sema­ngat graduan jurutera untuk meneruskan kerjaya mereka dalam bidang ini, namun tidak banyak yang majikan boleh lakukan dalam soal gaji dan insentif ini.

“Malah, jika kita lihat ‘scale of fees’ bayaran kepada perunding juga perlu dikaji dan disemak semula kerana kali terakhir ianya dilakukan adalah pada tahun 1998.” katanya.

Terdahulu, akhbar ini me­laporkan, daripada jumlah ke­seluruhan 295,962 graduan pada tahun lepas, seramai 29,099 golongan itu belum bekerja dan 5,708 daripadanya adalah lepasan daripada bidang kejuruteraan, iaitu antara yang ter­tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN