Buruh kampung maut dirempuh kereta api

Buruh kampung maut dirempuh kereta api

ANGGOTA polis mengusung jenazah Mohammad Aqil Irfan Hizuan yang maut dirempuh kereta api dalam kejadian di Kampung Tanjung, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang buruh kampung maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya hancur selepas dirempuh tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kampung Tanjung, Bunut Susu di sini hari ini.

Dalam kejadian  kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Mohammad Aqil Irfan Hizuan, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, tangan dan kaki.

Bapa mangsa, Hizuan Jusoh, 52, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anak ketiga daripada lima beradik itu selepas dimaklumkan oleh adik iparnya, Aiman Abd. Rashid, 20, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, dia pada awalnya melihat keadaan kaki anaknya berlumuran dadah dan sempat memapahnya keluar dari landasan kereta api.

“Saya kemudiannya terkejut apabila mendapati kepala Mohammad Aqil Irfan hancur akibat digilis kereta api manakala tangannya pula luka.

“Pakaiannya ketika itu juga sedikit basah dan sejuk seperti kesan embun. Saya tidak tahu motif dia pergi ke kawasan landasan kereta api itu pada waktu pagi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Hizuan memberitahu, kali terakhir dia menemui anaknya itu pada pagi kelmarin ketika mangsa pulang ke rumah untuk bertemu abangnya, Mohammad Zuhairi, 28, yang akan berangkat ke Johor hari ini selepas bercuti sempena Hari Raya Aidiladha.

Katanya, Mohammad Aqil Irfan tinggal di rumah neneknya yang terletak kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian sejak dia berusia 15 tahun.

“Semasa dia pulang ke rumah, saya tidak sempat berbual panjang dengannya. Saya lihat dia sihat dan ceria sama seperti sebelum ini malah tiada sebarang tanda menunjukkan dia mengalami masalah kesihatan.

“Saya difahamkan, Mohammad Aqil Irfan ada menghantar WhatsApp dan meminta maaf kepada abangnya kerana tidak sempat bersua muka sebelum bertolak ke Johor,” katanya.

Hizuan berkata, Aiman yang menyedari Mohammad Aqil maut dirempuh kereta api selepas dimaklumkan oleh pihak KTMB bahawa kereta api terbabit seperti merempuh objek di tengah-tengah landasan.

Menurutnya, adik iparnya itu terus bergegas ke lokasi kejadian sebelum melihat kaki Mohammad Aqil Irfan berada di tepi landasan.

Tambahnya, mayat anaknya itu dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamad,  ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya