Bilal lemas ketika berenang seberang Sungai Pahang - Utusan Malaysia

Bilal lemas ketika berenang seberang Sungai Pahang

MAYAT Samsul Azmi Ishuri ditemukan di Sungai Pahang di Kampung Loyang, Temerloh, Pahang. - JBPM TEMERLOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang bilal Masjid Kampung Lipat Kajang dekat sini, yang dipercayai hanyut ketika cuba berenang menyeberangi Sungai Pahang di sini, ditemukan lemas hari ini.

Mayat Samsul Azmi Ishury, 41, ditemukan kira-kira pukul 9.35 pagi pada jarak 2.2 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang berhampiran Kampung Loyang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa ditemukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pagi ini melibatkan anggota bomba, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Unit Pengesan K9, polis serta penduduk kampung.

“Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian ini pada pukul 7.30 pagi Isnin lalu sebelum SAR digerakkan.

“Siasatan awal dan maklumat saksi mendapati mangsa dipercayai berenang untuk menyeberangi Sungai Pahang sebelum dihanyutkan arus deras dan dikhuatiri lemas,” katanya di sini.

Beliau berkata, operasi hari pertama berdepan cabaran apabila seorang anggota bomba mengalami kecederaan selepas tangannya tersepit antara bot dan sangkar ikan.

“Anggota berkenaan menerima rawatan awal daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah untuk rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan sinar-X mendapati tangannya mengalami keretakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN