Izzue Islam isteri hadiahkan kereta idaman sempena ulang tahun kelahiran - Utusan Malaysia

Izzue Islam isteri hadiahkan kereta idaman sempena ulang tahun kelahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Izzue Islam dilihat terharu apabila isterinya, Awin Nurin menghadiahkannya sebuah kereta mewah sempena ulang tahun kelahirannya, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Izzue berkongsi momen ketika dirinya diraikan dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri kenalan rapat di sebuah kafe.

Difahamkan, majlis hari lahir penyanyi itu turut diraikan bersama ulang tahun perkahwinannya yang ke-13 bersama isteri tercinta.

Menerusi hantaran lain, Izzue dilihat terkejut apabila kereta idamannya, Nissan GT-R R35 tiba di hadapan kafe tersebut bersama sebuah lori yang memaparkan ucapan ulang tahun kelahiran buatnya.

“Selamat ulang tahun kelahiran, Izzue Islam. Tahniah, kereta baharu anda telah sampai,” tulisnya.

Untuk rekod, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.

Pasangan itu diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Kelantan, di mana Awin turut bertindak sebagai pengurus peribadi Izzue sebelum mereka berkahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN