TOKYO: Ribut tropika Jangmi melanda Jepun pagi ini membawa angin kencang dan hujan lebat, menyebabkan gangguan besar terhadap sistem pengangkutan, operasi perniagaan serta bekalan elektrik kepada puluhan ribu penduduk. Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), pusat ribut itu berada di luar pesisir pulau utama Honshu dan bergerak ke arah timur laut menuju kawasan metropolitan Tokyo dengan kelajuan angin berterusan mencecah 25 meter sesaat. JMA turut memberi amaran beberapa kawasan di sepanjang…










