KANGAR: Anak penoreh getah Nur Alia Maisarah Abdullah yang mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nur Alia, 18, berkata, dia mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka. Katanya, dia berazam mahu belajar ke peringkat yang tinggi dalam usaha mendapatkan pekerjaan yang menawarkan pangkat dan gaji lebih baik pada masa…










