Wakil DAP hadir ke perasmian sayap wanita, Puteri UMNO

Wakil DAP hadir ke perasmian sayap wanita, Puteri UMNO

Wakil DAP, Young Syefura Othman ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Buat pertama kali, Pakatan Harapan (PH) menghantar wakil ke Perhimpunan Agung Wanita dan Puteri UMNO 2023 sekali gus mencatatkan sejarah bagi parti tersebut.

Kehadiran Setiausaha Publisti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen DAP dan Yeo Bee Yin menjadi tetamu ke Perhimpunan Agung Wanita UMNO manakala Timbalan Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Young Syefura Othman mencuri perhatian ruang legar Dewan.

Dilihat mereka yang hadir pada awal pagi ini anggunberbaju kurung duduk di barisan hadapan bagi menantikan ucapan perasmian daripada ketua sayap Wanida dan Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Kehadiran mereka disambut positif oleh perwakilan Puteri dan Wanita yang hadir, sekali gus menjelaskan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) diterima baik oleh kedua-dua pihak dan mempunya usaha untuk menjayakan kerjasama yang dijalinkan. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya