Tarikh bubar DUN Kelantan hak saya - MB

Tarikh bubar DUN Kelantan hak saya – MB

AHMAD Yakob (kanan) semasa sidang media  mengisytiharkan tarikh pembubaran DUN Kelantan bagi penggal ke-14 pada 22 Jun ini di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah hak Menteri Besar dan tidak mempunyai kaitan dengan kepimpinan Pas di peringkat pusat.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, penentuan tarikh pembubaran itu merupakan hak beliau sebagai pemimpin tertinggi kerajaan termasuklah rakan-rakan sejawatannya di lima buah lagi negeri yang bakal menghadapi PRN.

“Perkara ini telah disuarakan sendiri oleh setiap Menteri Besar pada perjumpaan sebelum ini.

“Semua itu terpulang kepada mereka (Menteri Besar) untuk melaksanakannya sama ada pada minggu pertama, kedua atau ketiga pada bulan ini,” katanya selepas mengisytiharkan tarikh pembubaran DUN Kelantan bagi penggal ke-14 pada 22 Jun ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, tarikh pembubaran itu sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Katanya, ia dibuat mengikut Fasal 2 Perkara 46 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Pertama yang memperuntukan bahawa Paduka Al-Sultan boleh memberhentikan atau membubarkan DUN.

“Bermula tarikh pembubaran DUN kerajaan sementara atau ‘care taker’ akan berfungsi secara automatik dan berkuat kuasa sehingga tertubuhnya kerajaan baharu,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya