Selepas lebih 30 tahun, Dewan Persatuan Badminton Pahang berwajah baharu - Utusan Malaysia

Selepas lebih 30 tahun, Dewan Persatuan Badminton Pahang berwajah baharu

GELANGGANG Dewan Persatuan Badminton Pahang berwajah baharu selepas dibuat penukaran karpet yang lebih selesa dan berkualiti tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Selepas lebih 30 tahun, Dewan Persatuan Badminton Pahang di Indera Mahkota di sini kini berwajah baharu setelah kerja menukar karpet dan lampu di situ siap sepenuhnya pada 31 Mei lalu.

Presiden Persatuan Badminton Pahang, Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail berkata, di dewan badminton itu, terdapat enam gelanggang dan ini pertama kali penukaran karpet baharu yang lebih selesa dan berkualiti tinggi dibuat.

“Begitu juga lampu, sebelum ini gelanggang ini memakai lampu tiang sejak ia dibuka. Kini kita sudah naik taraf, tiada lagi lampu tiang dan gangguan pendawaian seperti mana sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dewan baharu sempena Kejohanan Badminton Affin-100Plus Junior Elite Tour (Sirkit Kedua)-Kumpulan A di Dewan Badminton Pahang di sini semalam.

TENGKU AIDY AHMAD SHAH Tengku Kamil Ismail (depan) menandatangani plak perasmian gelanggang baru Dewan Persatuan Badminton Pahang di Kuantan, Pahang. – FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF

Tengku Aidy Ahmad Shah berkata, wajah baharu Dewan Badminton Pahang merupakan antara usaha persatuan dan beliau selaku presiden bagi mencapai misi dan matlamat untuk mengangkat keunggulan skuad badminton negeri ini.

“Matlamat saya dan persatuan untuk melahirkan lebih ramai pemain yang bukan sahaja bertaraf kebangsaan malah antarabangsa,” katanya.

Mengulas Kejohanan Badminton Affin-100Plus Junior Elite Tour (Sirkit Kedua)-Kumpulan A, beliau berkata, seramai 250 peserta menyertainya dari lima negeri iaitu Pahang, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Melaka.

Katanya, kejohanan lima hari berakhir semalam ini merupakan sirkit kedua bagi mengumpul mata memasuki pertandingan akhir yang dijadualkan di Kuala Lumpur, bulan hadapan.

“Pada kejohanan sirkit kedua ini, setiap pemenang hanya menerima medal kerana kejohanan ini selepas sirkit pertama di Melaka bulan lalu bertujuan mengumpul mata bagi melayakkan diri ke grand final.

“Ketika grand final di Kuala Lumpur nanti baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menyediakan hadiah berupa wang tunai,” katanya.

Beliau berkata, pada kejohanan sirkit kedua itu, pemain dari Selangor mendominasi perlawanan apabila menang lima pingat emas, Melaka (tiga emas) dan masing-masing dua emas buat Pahang dan Perak.

PASUKAN badminton Pahang bergambar bersama Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail (depan, tengah) selepas Kejohanan Badminton Affin-100Plus Junior Elite Tour (Sirkit Kedua)-Kumpulan A di Dewan Badminton Pahang di Kuantan, Pahang. – FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF

“Pemain perseorangan Pahang 14 tahun, Marcus Hang Yug Hwei yang mendapat johan kali ini merupakan juara perseorangan lelaki 12 tahun di Grand Prix Final (Juara 12 Tahun Malaysia) di Kuala Lumpur tahun lalu.

“Tahun ini, dia naik ke usia 14 tahun dan muncul juara sirkit kedua Kejohanan Badminton Affin-100Plus Junior Elite Tour di negeri ini. Ini merupakan kebanggaan buat negeri ini dan persatuan menerusi pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaam (SMJK) Tanah Putih, Kuantan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya