PETALING JAYA: Harga seekor Harimau Malaya di pasaran gelap yang mencecah AS$55,000 (RM253,000) menjadi faktor utama haiwan pemangsa tersebut menjadi sasaran utama aktiviti pemerdagangan hidupan liar (IWT) dan pemburuan haram. Aktiviti tersebut didapati antara penyumbang terbesar Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni diambang kepupusan di negara ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim…










