Perkasa sistem data banteras aktiviti ekonomi bayangan

Perkasa sistem data banteras aktiviti ekonomi bayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan sedang memperkasakan sistem pangkalan data berpusat atau National Financial Crime Intelligence System (NFIS) dalam usaha menangani jenayah kewangan di negara ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya diberi tanggungjawab mengendalikan sistem tersebut bagi menjejaki mereka.

Katanya, sistem berkenaan berperanan sebagai pusat pe­ngumpulan data yang dapat membantu penyiasatan atau operasi agensi penguatkuasa.

“Melalui NFIS, NFCC akan membuat profil selain menjejaki sasaran tertentu termasuk kartel dan sindiket penjenayah.

“Ini termasuk mereka yang cuba berselindung di bawah ekonomi bayangan melibatkan perniagaan serta individu tidak berdaftar dan tidak membuat pengisytiharan cukai pendapatan,” katanya di sini semalam.

Menurut Mustafar, kewujudan ekonomi bayangan turut membimbangkan kerana menyebabkan kerugian serta kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Jelas beliau, ekonomi baya­ngan bukan sahaja dikaitkan ke­giatan haram antaranya jenayah penyeludupan, pelacuran, perjudian atau lain-lain, malah turut membabitkan peniaga, guru tuisyen, sewa kereta, pempe­ngaruh media sosial, pedagang atau mana-mana perniagaan yang sah.

“Ini termasuk perniagaan besar antaranya barangan daripada luar negara yang diimport yang sepatutnya membayar cukai hingga jutaan ringgit kepada pihak kastam, namun hanya mengisytiharkan jumlah atau barang tertentu yang berlainan.

“Trend ini perlu dikawal ke­­rana akan menyebabkan ke­tidakpercayaan pelabur luar sehingga ranking pertumbuhan ekonomi boleh jauh ketinggalan berbanding negara jiran,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya perkara ini dipantau oleh agensi penguat kuasa, namun tindakan secara bersepadu serta perkongsian maklumat dan data perlu dilakukan bagi membanteras perkara tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN