MUAR: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendapat 1,603 undi daripada 2,586 undi yang sudah dikira di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap setakat 8.40 malam ini.
Onn Hafiz yang merupakan penyandang kerusi itu meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz Roslan yang mendapat 983 undi setakat ini.
DUN Machap mempunyai seramai 35,206 pengundi berdaftar.
Onn Hafiz sebelum ini memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,543 undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, menewaskan tiga pesaing lain. – UTUSAN








