MUAR: Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Taqiuddin Cheman mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dengan memperoleh 589 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Ashari Md Sarip (474 undi).
Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Anuar Hayan pula memperoleh 207 undi dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Jack (138 undi) setakat pukul 8.34 malam sebentar tadi.
Kedudukan semasa itu menyaksikan PH memperoleh 41.83 peratus undi, diikuti BN dengan 33.66 peratus, PN 14.70 peratus manakala Muda meraih 9.80 peratus daripada keseluruhan 1,408 undi yang telah dikira.
DUN Maharani menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Muhammad Taqiuddin Cheman (PH), Ashari Md Sarip (BN), Mohamad Anuar Hayan (PN) dan Amir Jack (Muda).
Seramai 40,040 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN









