Pelbagai 'cerita' politik akan muncul menjelang PRN enam negeri - Utusan Malaysia

Pelbagai ‘cerita’ politik akan muncul menjelang PRN enam negeri

WAN ROSDY Wan Ismail (kanan) dalam sidang akhbar di Permatang Badak di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pelbagai ‘cerita’ politik akan muncul menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri termasuk dakwaan 10 ‘warlord’ merangkumi individu disisihkan UMNO yang didakwa akan menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia merupakan antara taktik yang sering digunakan pihak lawan terutama setiap kali menjelang pilihan raya.

“Semua pihak jangan percaya dengan laporan yang tidak sahih… itu hanya khabar-khabar angin, jangan percaya. Semua orang boleh cakap 10, lima atau tiga ‘Warlord’ jangka sertai PN.

“Jadi, kita kena faham ini politik ada PRN pula ini macam-macam cerita yang entah betul entah tidak. Kita pula menguar-uarkan cerita yang belum sahih dan jangan percaya, sampai masa kita hadapilah (PRN), jadi jangan percayalah, kita kena ‘move forward,” katanya ketika diminta mengulas 10 ‘Warlord’ UMNO akan sertai PN di sini semalam.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar sebelum itu menziarahi Muhammad Athif Fahri Mohd. Farhan berusia setahun empat bulan yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Jenis 1 di Permatang Badak Maju di sini.

Terdahulu, PN dilaporkan akan mengumumkan senarai 10 Warlord merangkumi individu yang disisihkan UMNO untuk menyertai parti dalam gabungan itu dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan ketika ini barisan kepimpinan gabungan parti sedang memuktamadkan urusan itu.

Laporan sebelum ini, terut menyebut selain bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, bekas Menteri Kesihatan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disebut-sebut antara bakal menyertai PN.

Ditanya kemungkinan terdapat ‘warlord’ UMNO dari Pahang turut terbabit dalam khabar angin berkenaan, Wan Rosdy memberitahu setakat ini ia di luar pengetahuannya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.