PARLIMEN: Harga minyak masak peket tidak dinaikkan 

PARLIMEN: Harga minyak masak peket tidak dinaikkan 

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga minyak masak peket bersubsidi kerana rakyat masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun kerajaan akan memperkenal mekanisme subsidi bersasar selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) siap sepenuhnya.

“Kerajaan akan memulakan inisiatif pemberian subsidi secara bersasar kepada rakyat kerana kerajaan banyak berbelanja untuk subsidi minyak masak paket dan minyak petrol RON95, misalnya, dan barang subsidi lain.

“Namun, buat masa ini, kerajaan masih mengekalkan subsidi ini demi rakyat. Apabila ekonomi telah pulih, kerajaan wujudkan kembali ekosistem yang sempurna dan juga subsidi disasarkan kepada mereka yang layak seterusnya kita dapat membuat penjimatan dari segi perbelanjaan negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Azli Yusof [PH-Shah Alam] jika kerajaan berhasrat menaikkan harga minyak masak paket bersubsidi sebagai langkah mengurangkan ketirisan.

Azli sebelum itu bertanya jika kerajaan membenarkan minyak masak paket bersubsidi dijual semula sebagai minyak masak terpakai kepada industri biodiesel.

Salahuddin berkata, kerajaan menggalakkan minyak masak terpakai diperkasa kerana ia berpotensi menjadi sumber ekonomi, khususnya bagi suri rumah dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. 

Oleh itu, katanya, kementerian telah mengadakan perbincangan awal dengan Petronas yang boleh berperanan sebagai agensi kerajaan untuk membawa industri itu menjadi ekonomi skala yang membantu menambah pendapatan negara dan golongan terlibat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya