Nilai jualan makanan halal negara dijangka capai RM50b - Utusan Malaysia

Nilai jualan makanan halal negara dijangka capai RM50b

MOHD. Na'im Mokhtar (tiga dari kanan) menyampaikan sijil keahlian Sahabat Halal IPT kepada Siti Nurhanis Mansor (dua dari kanan) pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Mega Fatwa dan Halal Peringkat Kebangsaan 2023 serta Pelancaran Sahabat Halal IPT di USIM, Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sektor makanan halal di negara ini akan terus berkembang dan nilai jualannya dijangka akan mencapai sebanyak RM50 bilion pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sehubungan itu kerajaan akan terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan industri halal dengan pelbagai inisiatif yang dilancarkan.

“Industri halal di Malaysia terus berkembang dari tahun ke tahun, dan terdapat banyak perkembangan baharu yang berlaku pada tahun ini. Malaysia telah menjadi pusat industri halal global dan terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan industri halal di seluruh dunia. 

“Kerajaan pada hari ini akan terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan industri halal, dengan pelbagai inisiatif yang dilancarkan untuk mempertingkatkan kualiti produk halal dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Mega Fatwa dan Halal Peringkat Kebangsaan 2023 serta Pelancaran Sahabat Halal IPT di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai di sini hari ini. 

Dalam pada itu, menurutnya, penubuhan Sahabat Halal IPT diharap akan menjadi jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri-negeri berkaitan isu halal. 

“Ia melalui pelbagai cara termasuk melalui media sosial, anak-anak muda ini (kalau) bab media sosial teknologi mereka memang pakar. 

“Saya mengharapkan mereka ini dengan ilmu maklumat mereka berkaitan halal dan pengurusan halal ini dapat digunakan secara optimum. 

“Melalui TikTok contohnya, anak muda lebih kepakaran, kemahiran dan Sahabat IPT menggunakan TikTok ini menyebarluaskan serta memberi penjelasan berkaitan dengan halal,” katanya. 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd. Na’im berkata, pandangan pakar perlu diambil kira terlebih dahulu berkaitan isu waris perlu membayar tunggakan cukai yang ditinggalkan oleh individu yang meninggal dunia.

Perkara itu jelasnya perlu dilakukan sebelum dibincangkan secara terperinci oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dalam masa terdekat.

“Mereka (pakar) akan memperhalusi isu berkaitan tentang cukai waris di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Mereka akan bawa kertas tersebut ke Muzakarah MKI dalam masa terdekat untuk diselesaikan perkara ini,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya