Mohd. Amar akui ada individu kemuka tawaran Pas sertai Kerajaan Peraduan

Mohd. Amar akui ada individu kemuka tawaran Pas sertai Kerajaan Peraduan

MOHD. Amar Nik Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Nik Abdullah mendedahkan terdapat beberapa individu membuat tawaran untuk Pas bersama-sama dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, individu-individu berkenaan bukan sembarangan tetapi dari kalangan kepimpinan parti-parti yang bergabung untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Kalau Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan, jadi Lim Kit Siang itu siapa. Bukan sebahagian daripada kalangan Kerajaan Perpaduan kah? 

“Beliau (Kit Siang) ada mencadangkan agar kita (Pas) berdamai dan bersama-sama dengan kerajaan yang ada sekarang ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Hari Sayyidatina Khadijah di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu turut memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri turut menyatakan bersedia untuk berbincang dengan Pas mengenai perkara itu.

Katanya, oleh itu tiada sebab untuk menafikan perkara tersebut dan menganggap Pas berangan-berangan untuk turut bersama-sama parti-parti lain di dalam kerajaan yang ada pada masa kini.

“Bagaimanapun kita (Pas) mengambil keputusan untuk terus bersama Perikatan Nasional (PN) dan kita sasaran kita adalah untuk ambil kesemua enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.