Sertai Kerajaan Perpaduan,  Pas perlu ambil kira PN - Utusan Malaysia

Sertai Kerajaan Perpaduan,  Pas perlu ambil kira PN

bersatu
 AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas perlu mengambil pandangan rakan gabungannya dalam Perikatan Nasional (PN) sebelum menerima jemputan masuk ke dalam Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia kerana Pas bertanding bersama PN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Jadi kalau nak ajak Pas sahaja kita berterima kasih kerana undangan (tersebut) tetapi walau apapun Pas perlu mengambil kira PN.

“Keputusan itu perlu dibuat secara kolektif bersama dengan PN. Tidak boleh kita nak ambil orang tanpa rujuk pada ibu bapanya dahulu,” katanya ketika ditemui media di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebelum ini Pas diberi tawaran untuk menyertai kerajaan namun ditolak.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata,  beliau tidak akan menghalang Pas sekiranya ingin bekerjasama dengan kerajaan pada masa hadapan.

“Mengenai sama ada kami bersedia untuk melibatkan diri kami dengan mereka (Pas), sudah pasti kami bersedia, kita mesti dan saya sudah hantar jemputan kepada mereka… ye, saya terbuka untuk idea itu sejak dari awal lagi.

“Lagipun, ini adalah Kerajaan Perpaduan, kami buat apa yang terbaik untuk negara tetapi sudah pasti perlu ada satu garis. Islam adalah agama Persekutuan, tetapi ini adalah negara berbilang agama dan saya mahu setiap rakyat dalam negara daripada semua fahaman untuk tahu mereka ada tempat dalam negara ini,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya