Kebakaran kontena: Ikrar palsu antara aspek disiasat - Utusan Malaysia

Kebakaran kontena: Ikrar palsu antara aspek disiasat

Kontena
ANTHONY Loke Siew Fook menyampaikan sijil sistem pengurusan anti rasuah kepada pengurus besar LPK, Kapten K. Subramaniam pada majlis penyampaian Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengikraran palsu antara aspek yang disiasat mengenai insiden kebakaran 13 buah kontena di Pelabuhan Utara, Klang, semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, siasatan terperinci masih dijalankan Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan Northport (Malaysia) Berhad bagi memastikan sama ada bahan diikrar itu benar atau sebaliknya.

“Kita masih siasat apa puncanya namun saya tidak mahu buat kesimpulan kerana siasatan sedang dijalankan.  Jika ikrar palsu, ia tindakan tidak bertanggungjawab dan kita akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkenaan,” katanya pada sidang akhbar majlis penyampaian Sijil Sistem Pengurusan Anti Rasuah, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan sebanyak 13 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara di Pelabuhan Klang.

Bomba menerima panggilan kira-kira pukul 10.27 pagi sebelum mengerahkan pasukan dari sembilan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke tempat kejadian.

Kontena berkeluasan 10 x 40 kaki persegi dan 20 x 10 kaki persegi terbakar dan anggaran kemusnahan 80 peratus. 

Jelas Siew Fook, pihaknya mengambil berat soal pengisytiharan barangan dalam kontena bagi memastikan keselamatan selain beberapa kawalan akan diperketatkan bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Kita juga ada melakukan audit dan perisikan perkongsian maklumat daripada pelbagai agensi. Apa yang diikrar kepada agensi memadai dan perkara berkaitan risiko kepada pihak operator adalah sesuatu yang perlu disemak semula,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemberian sijil berkenaan dan  memorandum persefahaman (MoU) antara LPK bersama agensi dan pemegang taruh bertujuan memerangi rasuah dalam industri maritim.

“Kita mahu memastikan industri itu berkembang pesat dan penuh integriti kerana urusan perniagaan dan perdagangan berisiko berlaku rasuah. Bidang maritim amat penting kerana melibatkan perdagangan antarabangsa, syarikat perkapalan, pengeksport dan pengimport,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya