KUALA LUMPUR: Pelakon, Farah Ahmad, 45, menyelar pihak tidak bertanggungjawab yang menuduhnya mengambil kesempatan menumpang kesenangan ibu mentuanya yang juga seniwati, Fauziah Nawi, 68. Farah menyifatkan dakwaan itu pembohongan besar untuk memburukkan namanya. “Yang buat tuduhan itu ada dalam kalangan orang luar dan ada juga penggiat industri seni. Ya, memang suami saya, Mohd. Firdaus Mohamad Hanif sudah tiada, tapi kami berpisah mati, bukan bercerai hidup. Fauziah Nawi masih ibu mentua…










