PETALING JAYA: Kos lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi boleh mencecah antara RM50,000 hingga RM78,000 bagi setiap orang. Jumlah itu meliputi purata kos yuran, penginapan, belanja harian dan kelengkapan diri selama tiga hingga empat tahun pengajian di peringkat sarjana muda sama ada bidang sastera mahupun sains. Purata perbelanjaan yuran dan penginapan di Institut Pengajian Tinggi Awam IPTA) berjumlah antara RM1,500 ke RM2,500 bagi setiap semester,…