Cuaca panas: Johor anjur solat hajat

Cuaca panas: Johor anjur solat hajat

MOHD. Fared menyampaikan sumbangan penghargaan kepada tokoh Qari Negeri Johor, Aziz Mustakim di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan menganjurkan solat hajat di masjid dan surau di negeri ini, hari ini berikutan keadaan cuaca panas dan kering di seluruh negara ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, solat hajat itu akan diadakan selepas mendirikan solat fardu Jumaat.

“Sebelum ini, Menteri Agama mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan solat hajat di Kuala Lumpur untuk memohon kesejahteraan negara dan masyarakat, kerajaan Negeri akan menyambut saranan itu.

“Sehubungan itu, semua masjid dan surau di negeri ini disarankan untuk mengadakan solat hajat selepas solat fardu Jumaat,,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Multaqa Guru-Guru al-Quran Bersama Johan Qari dan Qariah Antarabangsa Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.

Pada program tersebut, kerajaan Negeri turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada tokoh Qari Negeri Johor.

Semalam, tiga masjid utama pada Khamis iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya telah menganjurkan solat hajat di masjid berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dilaporkan berkata, pelaksanaan solat hajat itu untuk memohon kesejahteraan negara dan masyarakat susulan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini.

“Cuaca panas dan kering ini memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian. Sehubungan dengan itu, jabatan ini ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa supaya cuaca kembali berada dalam keadaan baik,” katanya menerusi kenyataan, Rabu lalu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menyenaraikan 14 kawasan panas yang berada di tahap berjaga-jaga.

Ia membabitkan di Pasir Mas, Kuala Krai, Raub, Bentong, Bera, Temerloh, Jerantut, Lipis, Kuantan, Batang Padang, Kuala Selangor, Jempol, Beaufort dan Kinabatangan.

Mohd. Fared berkata, solat hajat itu diadakan bagi mendoakan supaya keadaan pada ketika ini menjadi lebih Tenang dan nyaman seterusnya memberi keselesaan pada umum. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya