Hatrik letak Messi sebaris rekod Klose

Hatrik letak Messi sebaris rekod Klose

Kapten Argentina, Lionel Messi meraikan jaringan gol dilakukannya dalam aksi Kumpulan J Piala Dunia 2026 menentang Algeria di Stadium Kansas City, Missouri. semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANSAS CITY: Lionel Messi menyifatkan pencapaiannya menyamai rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia sebagai satu detik yang indah selepas mencipta sejarah pada penampilan keenamnya di kejohanan itu, semalam.

Kapten Argentina berusia 38 tahun itu mencipta satu lagi babak cemerlang dalam kariernya apabila meledak hatrik ketika membantu juara bertahan itu menewaskan Algeria 3-0 di Stadium Kansas City.

Lebih manis, hatrik pertama Messi di pentas Piala Dunia itu membolehkannya menyamai rekod legenda Jerman, Miroslav Klose sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan dengan 16 gol.

“Saya ingin menikmati detik ini bersama keluarga, rakan sepasukan dan mereka yang sentiasa berada di sisi saya, ia adalah satu detik yang sangat indah. Saya sangat gembira,” kata bintang Inter Miami itu.

Ketajaman Messi di depan gol memberi petanda positif dalam usaha Argentina untuk menjadi pasukan pertama sejak Brazil pada tahun 1962 mempertahankan kejuaraan Piala Dunia.

Menurut Messi, kekuatan utama Argentina ketika ini adalah semangat berpasukan yang erat dalam kalangan pemain dan kememangan pertama ini sangat penting dalam usaha Argentina memburu kejuaraan.

“Pasukan ini sangat bersatu dan mempunyai semangat yang kuat. Saya berasa amat baik. Kami berjaya memenangi perlawanan yang sukar dan amat penting untuk memulakan kejohanan dengan kemenangan pada perlawanan pertama,” kata Messi.

Messi turut merakamkan penghargaan kepada penyokong Argentina yang sekali lagi membanjiri stadium dan memberikan sokongan padu kepada pasukan. – AFP/UTUSAN

CAPTION
Penyerang Argentina, Lionel Messi mudah menewaskan Penjaga gol Algeria dalam aksi Kumpulan J Piala Dunia 2026 di Stadium Kansas City, semalam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN