Caj RM1 kekal, tiada perbincangan dibuat - Dr Zaliha

Caj RM1 kekal, tiada perbincangan dibuat – Dr Zaliha

ZALIHA Mustafa (dua dari kanan) menerima replika kunci daripada Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (dua dari kiri) pada Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Mata Ayer, Machang, Kelantan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Kerajaan masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai caj kesihatan sebanyak RM1 yang dikenakan klinik kerajaan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, setakat caj tersebut masih dikekalkan dan ia perlu dilihat secara lebih mendalam berdasarkan keperluan rakyat.

“Setakat ini kita tidak ada sebarang perbincangan lagi untuk menaikkan caj tersebut, tetapi…untuk memperhalusi mengenai perkara tersebut ada.

“Perkara tersebut mungkin akan diperhalusi tetapi setakat ini kita kekalkan lagi dan ia perlu melihat kepada keperluan rakyat,”katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan Mata Ayer di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan caj RM1 yang dikenakan klinik kesihatan kerajaan wajar dinaikkan kepada RM5 hingga RM20 kerana bayaran sedia ada disifatkan tidak masuk akal terutama ketika nilai kos rawatan semakin meningkat. 

Kerajaan perlu me­nilai terlebih dahulu golongan yang patut membayar bayaran lebih tinggi bagi perkhidmatan di kli­nik kesihatannya sebelum kaedah bersasar dilaksanakan.

Dr. Zaliha Mustafa berkata, beliau mengakui caj RM1 yang diper­kenalkan sejak 1960-an ti­dak memadai, malah pada masa yang sama kerajaan perlu menanggung subsidi tinggi untuk kos rawatan kesihatan rakyat.

Sementara itu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan Mohd. Syahiran Muhammad berkata, kerajaan perlu membuat kajian secara lebih mendalam jika mahu menaikan kadar caj tersebut.

Katanya, rata-rata pengguna perkhidmatan di klinik kerajaan merupakan golongan yang kurang berkemampuan termasuklah penduduk kampung.

Seorang penduduk Zakiah Abdullah, 43, berkata, dia berharap kerajaan tidak menaikan caj tersebut yang disifatkan sudah baik untuk rakyat berpendapatan rendah.

Katanya, kenaikan kos sara hidup ketika ini menyebabkan golongan kurang berkemampuan berdepan tekanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya