BN-UMNO komited pertahan Kerajaan Perpaduan

BN-UMNO komited pertahan Kerajaan Perpaduan

Ahmad Zahid Hamidi berucap pada ucapan dasar presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.-UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dan UMNO terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan meskipun wujud desas-desus didalangi rancangan pihak tertentu untuk menggantikan kepimpinan negara pada Julai atau Ogos depan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya bersama parti-parti yang mendokong Kerajaan Perpaduan tidak sesekali akan membenarkan perkara itu berlaku dan terus mempertahankan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau kemudian membayangkan sejarah UMNO mungkin gelap jika terjerumus dan terlibat dengan pihak mengatur langkah menjatuhkan kerajaan.

“UMNO berpendirian terutama pendirian rakan-rakan Majlis Tertinggi dan rakan-rakan BN, kita tetap mempertahankan Kerajaan Perpaduan untuk kemantapan politik negara kita.  

“Mana-mana ada yang menggugat, kita bersama-sama parti lain untuk segera mempertahankan Kerajaan Perpaduan bertahan Insya Allah sehingga PRU16,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid membidas pihak tertentu yang menggunakan isu jemputan tetamu termasuk pemimpin Pakatan Harapan (PH) ke Dewan Merdeka sebagai isu yang menjadi bahan sembang kari mereka.

Beliau menggelarkan kumpulan itu dengan ungkapan “great minds discuss ideas, small minds gossip about others” (mereka yang berjiwa besar berbicara tentang idea, mereka yang berjiwa kerdil suka bergosip). 

“Soal gambar dalam persiapan dewan mengikut kesesuaian majlis pun, mereka nak ambil port (tempat). Alangkah kerdilnya pemikiran mereka berbanding kita. 

“Bagi kita Kerajaan Perpaduan adalah gagasan besar, Masyarakat Madani adalah falsafah besar dan mendepani landskap politik baharu, adalah anjakan besar dan embuktikan kita sentiasa memikirkan agenda dan idea hebat buat negara,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya