Tidak perlu rebat bil elektrik-AWER

Tidak perlu rebat bil elektrik-AWER

Piarapakaran
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) tidak perlu melaksanakan pemberian rebat bil elektrik pada musim panas yang berlaku di negara ini kerana ia hanya mencetuskan peningkatan penggunaan tenaga yang lebih tinggi.

Presiden Persatuan penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, ramai pengguna terutamanya dalam sektor industri akan mengambil kesempatan jika kemudahan tersebut dilaksanakan.

“Semasa Covid-19 sehingga kini, banyak syarikat yang menggalakkan kakitangan bekerja dari rumah dan sudah pasti penggunaan elektrik tinggi di kediaman. Namun, sekarang tiada lagi dasar bekerja dari rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Utusan Malaysia semalam melaporkan bermula Jun ini, Malaysia bakal berdepan cuaca panas dalam tempoh yang panjang dan suhu melebihi 40 darjah Celcius.

Piarapakaran memberitahu, pemberian rebat bergantung kepada harga bahan api dan kos bahan asas selain tidak bergantung kepada keadaan perubahan cuaca.

“Kalau rebat tetap diberikan, berkemungkinan sektor lain terganggu seperti pembaikan jalan raya dan pembangunan infrastruktur lain.

“Kiraan rebat untuk enam bulan pertama dari Januari ke Jun pada tahun ini, kerajaan sudah memberinya dalam bentuk subsidi dan ini juga dipengaruhi daripada kos bahan api yang stabil ” tambah beliau.

Piarapakaran berkata, jika berlaku jerebu, bekalan tenaga elektrik berkemungkinan akan berkurangan.

Hal ini, jelasnya, gangguan dan kurang serapan tenaga solar yang disebabkan jerebu akan menyebabkan kurang penghasilan elektrik bagi bekalan margin simpanan.

Sehubungan itu, beliau berkata, pengguna perlu bijak dalam melakukan penjimatan tenaga elektrik dan menggunakan peralatan elektronik yang cekap tenaga tanpa perlu mengharapkan pemberian rebat daripada kerajaan dan syarikat utiliti. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya