KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam memberikan tempoh sebulan kepada kerajaan untuk mendedahkan laporan Pasukan Petugas Khas (PPK) berhubung kehilangan Amri Che Mat kepada isteri aktivis terbabit. Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, isteri Amri, Norhayati Mohd. Ariffin bagaimanapun hanya dibenar berkongsi laporan itu dengan peguamnya untuk tujuan saman sivil selain dilarang mendedahkannya kepada pihak ketiga. Peguam Surendra Ananth yang mewakili Norhayati memberitahu wakil media, keputusan mahkamah…










