Konvoi kempen PH: JPJ diarah keluarkan saman tidak pakai topi keledar

Konvoi kempen PH: JPJ diarah keluarkan saman tidak pakai topi keledar

GAMBAR tular sekumpulan petugas kempen PH yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semasa kempen PRN Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarahkan mengeluarkan saman kepada sesiapa sahaja yang didapati melanggar peraturan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan bukti rakaman video yang tular, tanpa mengira latar belakang politik termasuk mereka yang terlibat dalam konvoi kempen Pakatan Harapan (PH) di Johor.

Tegasnya, undang-undang mesti dikuatkuasakan secara adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia.

“Saya tidak akan berkompromi dengan prinsip ini walaupun ia melibatkan rakan sekempen sendiri.

“Keselamatan nyawa rakyat mendahului kepentingan politik mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak kementeriannya mengambil serius isu tular berkaitan sekumpulan petugas kempen PH, termasuk dari DAP, yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semasa kempen PRN Johor.

Katanya, pendirian beliau adalah jelas dan konsisten sejak dahulu lagi ketika membangkitkan isu sama melibatkan pemimpin BN semasa kempen PRK Slim hampir enam tahun lalu.

“Saya sudah tegaskan tidak salah menunggang motosikal semasa berkempen, tetapi setiap penunggang wajib memakai topi keledar dan menjadi contoh yang baik kepada rakyat.

“Prinsip ini terpakai kepada semua pihak tanpa pengecualian, termasuk calon dan petugas kempen Pakatan Harapan. Undang-undang keselamatan jalan raya tidak mengenal parti politik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN