Tarikh bubar DUN Kelantan belum ada

Tarikh bubar DUN Kelantan belum ada

AHMAD Yakob ketika berucap dalam projek Pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Datuk Bentara (BDB) di Kampung Panggong Lalat, Gua Musang, Kelantan, hari ini.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob belum mendapat tarikh mengadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk mendapat perkenan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahmad bagaimanapun berkata, proses tersebut akan berlaku pada Jun ini.

“Kita perlu mengadap baginda (Sultan Kelantan) terlebih dahulu. Kalau ada tarikh (bubar DUN) pun kita mesti mengadap dahulu untuk mendapat ampun perkenan. 

“Semua Menteri Besar sudah kita berjumpa dan  bersetuju untuk bubar DUN pada Jun. Tetapi mungkin tarikh tak sama, namun masih dalam bulan Jun. Perkara itu terpulang kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan secara serentak atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Datuk Bentara (BDB) di Kampung Panggong Lalat, Gua Musang di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad memberitahu, pihaknya juga telah membuat solat hajat supaya hujan turun pada kadarnya demi kesejahteraan bumi dan seluruh penduduk.

Katanya, masalah air ketika cuaca panas merupakan isu nasional dan pihaknya mengambil berat masalah air di negeri ini.

“Kita semua berusaha terutamanya waktu sekarang ini kita adakan tube well (air bawah tanah seperti di Rantau Panjang dan Bachok. Kita akan menambah lagi bekalan air melalui tube well ini,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya