Sayur, buah hadiah Hari Guru - Utusan Malaysia

Sayur, buah hadiah Hari Guru

MUHAMMAD Harith Mohamad Erman menghadiahkan buah gajus kepada gurunya, Estee Quek Soh Theng sempena Hari Guru di SK Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu semalam. – UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tidak seperti di bandar-bandar, sayur dan buah-buahan menjadi pilihan beberapa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman I di sini sebagai hadiah buat guru mereka sempena sambutan Hari Guru semalam.

Antara sayur dan buah-buah­an dibawa murid adalah salad, lobak, lada dan timun selain buah mempelam serta gajus.

Nurul Fatihah yang me­ngajar Bahasa Inggeris berkata, dia terharu dengan pemberian anak muridnya yang kreatif bagi menunjukkan penghargaan kepada guru.

“Lazimnya pelajar bagi kek atau kad ucapan sebaliknya beberapa murid tahun empat dan lima masuk ke bilik guru sebelum menghadiahkan kami sayur dan buah-buahan.

“Kami tidak harapkan apa-apa kerana sudah jadi tanggungjawab untuk mendidik murid. Kebetulan hari ini sambutan Aidilfitri dan Hari Guru, mereka datang dengan hadiah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kira-kira 700 murid dan 30 orang guru SK Sultan Sulaiman I juga berpakaian lengkap berbaju raya sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Guru.

Sementara itu, murid tahun empat, Nur Irdina Zarahana Zulkifli berkata, hadiah itu tanda ingatannya dan rakan-rakan lain kepada guru-guru di sekolah yang mengajar kami de­ngan dedikasi.

“Saya dan kawan-kawan bercadang menyampaikan hadiah yang mempunyai kelainan daripada biasa kepada guru kami pada tahun ini.

“Ini kerana antara kami ada kebun, jadi kami jadikan sayur dan buah sebagai hadiah buat guru-guru kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×