Raja Muda Kedah berangkat menziarahi jenazah Allahyarham

Raja Muda Kedah berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Awang Askandar

TENGKU Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karin Sallehuddin (tengah) berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karin Sallehuddin berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

Turut berangkat sama Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Tengku Sarafudin Badlishah dan Che Puan Muda Zaheeda tiba kira-kira pukul 9 pagi sebelum memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Awang Askandar.

Allahyarham adalah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah sejak 2017 dan berkhidmat selama 15 tahun dalam agensi berkenaan.

Difahamkan, kunjungan Tengku Sarafudin Badlishah dan Che Puan Muda Zaheeda hari ini sebagai mewakili Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Sebelum ini, Allahyarham Awang Askandar pernah menghadap Sultan Sallehuddin sebelum memulakan misi menakluk Everest beberapa bulan lalu.

Allahyarham yang juga Pengarah APM Negeri Kedah disahkan maut 19 Mei lalu selepas berdepan masalah kesihatan ketika mahu menakluk puncak Everest.

Difahamkan, arwah ketika itu berada pada paras ketinggian 8,000 meter dan memerlukan sekitar 20 minit lagi untuk menawan puncak tertinggi dunia itu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Siti Hafizah Abdul Hamid, 31, bersama enam anak berusia antara dua hingga 12 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya