SHAH ALAM: 12 peserta Big Stage x Rocketfuel menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran pada konsert minggu pertama yang berlangsung di MBSA semalam.
Namun, persembahan malam tadi menyaksikan perserta, Qilo menyerlah dengan mendominasi kedudukan pertama dengan membawa lagu If I Ain’t Got You dipopularkan Alicia Keys.
Konsert semalam turut menyaksikan tiga peserta di kedudukan tercorot iaitu Aliff Kimiey, Sufie Rose dan Sabrina yang masing-masing mempersembahkan lagu Di Balik Petanda, Pulang dan Canggung.
Konsert sulung program tersebut turut membawa kejutan apabila Naib Juara program Talk To My Manager musim ke-2, Husain diumum sebagai peserta ke 12 program berkenaan.
Dalam masa sama, pemenang tempat ke empat program yang sama, Azeva juga diumum sebagai pasangan hos kepada Nabil Ahmad.
Sementara penyanyi Aisha Retno, Hael Husaini dan Akim Ahmad kekal sebagai juri mingguan.










