PRN: Pemilihan calon Bersatu merangkumi semua sayap parti

PRN: Pemilihan calon Bersatu merangkumi semua sayap parti

AHMAD Faizal Azumu (tiga dari kiri) ketika mendengar ucapan wakil Srikandi Bersatu Kelantan pada Majlis Sembang Santai Pesanan Menuju PRN Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan pemilihan calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti merangkumi setiap sayap parti seperti Angkatan Muda Bersatu Malaysia (Armada) dan Srikandi.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun berkata, parti itu tidak boleh mendedahkan peratusan yang akan bertanding kerana proses tersebut belum dimuktamadkan.

“Yang penting ia perlu merangkumi setiap sayap parti dan calon-calon PRN juga perlu berkualiti untuk memberi nilai tambah kepada kerajaan negeri yang bakal dibentuk sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi pilihan raya nanti.

“Kita juga sedang dalam proses untuk memuktamadkan calon bagi setiap parti komponen PN,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sembang Santai Pesanan Menuju PRN Kelantan, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal memberitahu, sokongan orang Melayu kepada PN di Selangor dan seluruh negara meningkatkan dengan mendadak sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) lalu.

“Dalam masa yang sama saya turut melihat adanya satu peralihan sokongan orang bukan Melayu kepada PN secara perlahan-lahan di seluruh negara.

“Jadi kita perlu terus memastikan setiap masalah dan perkara yang rakyat mahukan dapat kita perjuangkan,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.