Pengasuh ditahan disyaki kasari dua bayi - Utusan Malaysia

Pengasuh ditahan disyaki kasari dua bayi

SEORANG pengasuh sebuah taska diperintahkan ditahan reman empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru bantu membantu siasatan kes mengasari dua orang bayi di Mutiara Rini, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pengasuh yang disyaki terlibat dalam mengasari dua orang bayi yang berada dalam jagaannya.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan di Bandar Selesa Jaya, Skudai pada pukul 2 pagi tadi.

“Semalam polis telah mengesan dua video tular berdurasi 48 dan 39 saat menunjukkan seorang wanita mengasari dua bayi, masing-masing seorang perempuan berusia 11 bulan dan seorang lelaki berusia sembilan bulan.

“Siasatan mendapati kejadian itu berlaku di sebuah taska yang beroperasi di kawasan Mutiara Rini. Sepasukan pegawai dan anggota polis telah berjaya menahan suspek pada pukul 2 pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, katanya sambil memberitahu taska tersebut juga didapati beroperasi tanpa lesen.

Justeru, polis mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan kes tersebut dan orang ramai boleh menghubungi  pegawai penyiasat menerusi talian 019-8822403.

Dalam salah satu rakaman video yang tular, suspek dilihat mengangkat bayi pada ketinggian sederhana sebelum dilepaskan beberapa kali dipercayai geram ekoran mangsa yang menangis berterusan, manakala dalam video kedua, suspek dilihat menepuk kepala seorang bayi beberapa kali selain turut meniup muka mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.