Pasangan Singapura dakwa dihalang masuk Malaysia enam bulan - Utusan Malaysia

Pasangan Singapura dakwa dihalang masuk Malaysia enam bulan

PASANGAN suami isteri warga Singapura mendakwa dihalang memasuki Malaysia selama enam bulan kerana mempersoalkan tindakan pegawai imigresen mengecop pasport secara berselang muka surat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sepasang warga Singapura mendakwa dihalang memasuki negara ini selama enam bulan kerana mempersoalkan cara pegawai Jabatan Imigresen mengecop pasport mereka.

Abdul Qayyum Rahim dan isterinya berdepan situasi berkenaan ketika mahu memasuki negara ini melalui Lebuhraya LinKedua di Gelang Patah, Iskandar Puteri, kelmarin.

“Kami terperangkap dalam kesesakan selama sejam, kerana hanya ada dua kaunter beroperasi dan setiba di kaunter, pegawai terbabit suruh kami tanggalkan penutup pasport dalam nada yang tidak sopan. Saya kemudian menanggalkan penutup dan memberikan pasport kepadanya, selepas dia memeriksa maklumat kami, dia terus mengecop pasport tersebut.

“Namun apabila disemak, saya dapati pegawai itu sengaja meninggalkan halaman kosong pada pasport saya dan isteri. Dia cop pada muka surat 27, sebelum menconteng di atasnya kemudian cop semula di muka surat 28 tanpa sebarang sebab,” katanya dalam laman Facebook miliknya.

Dia kemudian meletakkan motosikal di tepi dan menuju ke pejabat dan bertemu seorang pegawai lelaki dan bertanyakan prosedur untuk membuat aduan terhadap pegawai tersebut di kaunter pemeriksaan pasport.

“Pegawai itu mengarahkan saya membuat aduan secara dalam talian tanpa menjelaskan bagaimana aduan perlu dibuat. Dia turut meninggikan suara dan menyuruh kami buat perkara itu di luar pejabat. 

“Selepas beberapa kali isteri saya bertanya tentang cara membuat aduan berkenaan, pegawai terbabit mengambil pasport kami sebelum membawa kami ke pejabat lain di tingkat dua. Di situ, kami diberikan surat ‘Penolakan Masuk’ oleh seorang pegawai dengan nama ‘Asisten Superintenden Rexsus’,” katanya.

Ketika diminta penjelasan mengapa mereka dihalang memasuki Malaysia, pegawai itu secara sinis meminta kami pilih untuk dihalang masuk selama enam bulan atau satu tahun.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir memberitahu, pihaknya maklum tentang dakwaan tersebut dan sedang membuat siasatan terhadap isu itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya