PETALING JAYA: Pas memilih setia bersama Perikatan Nasional (PN) walaupun menerima ‘pinangan’ DAP untuk bekerjasama di dalam satu wadah politik nasional. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya tidak sesekali memungkiri janji dan berbohong kepada pengundi dengan meninggalkan PN setelah parti itu memilih bersama-sama komponen lain di bawah satu gabungan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Menurut beliau, Pas tetap bersama PN khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan mahu menjadi pembangkang yang konstruktif dalam Parlimen sebelum menjadi kerajaan. “Tiada isu peribadi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya