PARLIMEN: Anwar: The Untold Story mengikut garis panduan LPF 

PARLIMEN: Anwar: The Untold Story mengikut garis panduan LPF 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Deri Dr. Wan Azizah Wan Ismail beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir menyaksikan tayangan perdana filem ‘Anwar The Untold Story’ di Pavilion Kuala Lumpur, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Penapisan Filem (LPF) memberi kelulusan filem biopik dan kontroversi Anwar: The Untold Story setelah ditonton dan ditapis berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2010. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, empat aspek utama dalam garis panduan itu yang diteliti dan diberi perhatian khusus oleh ahli lembaga ketika membuat tapisan sesebuah filem iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya serta ketertiban dan ketatasusilaan.

Katanya, lembaga itu juga akan merujuk kepada keputusan rasmi kerajaan berhubung kandungan sesebuah filem seperti kertas suruhanjaya diraja atau Iain-Iain keputusan yang berkaitan.

“Secara umumnya, semua filem boleh diluluskan untuk tayangan kepada umum termasuk filem yang memaparkan badan atau jabatan penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) selagi mana ia tidak bertentangan garis panduan tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis dalam sidang Dewan Rakyat semalam. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Nordin Ahmad Ismail [PN-Lumut] yang meminta kerajaan menyatakan dasar LPF bagi kandungan filem atau drama televisyen membabitkan pihak berkuasa seperti PDRM khususnya adegan yang mencemarkan imej dan nama baik PDRM dalam filem Anwar: The Untold Story. 

Saifuddin Nasution berkata, kementerian melalui LPF melaksanakan tugas dan tanggungjawab penapisan filem berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620].

Merujuk kepada peruntukan itu, katanya, LPF bertanggungjawab ke atas filem (termasuk drama televisyen) dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia (kecuali melalui internet). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya