Pahang jamin kadar cukai tanah tidak dinaikkan dalam tempoh lima tahun - Utusan Malaysia

Pahang jamin kadar cukai tanah tidak dinaikkan dalam tempoh lima tahun

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri memberi jaminan tidak menaikan kadar cukai tanah dalam tempoh lima tahun ini sebaliknya akan memastikan hasil tanah dapat digandakan melalui kutipan hasil berulang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemilikan tanah juga akan diberikan kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun termasuk Felcra, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Saya beri jaminan di dewan yang mulia ini bahawa tidak ada cadangan menaikkan cukai tanah dalam masa lima tahun. Ini merupakan jaminan kerajaan negeri.

“Apakah cadangan-cadangan yang akan kita laksanakan kerana kita tidak boleh kekalkan dengan status quo?. Kita tahu kenaikan gaji, barang naik dan pertambahan penjawat awam dan sebagainya, jadi kerajaan negeri kena berusaha untuk mempertingkatkan lagi hasil untuk kerajaan negeri,” katanya ketika menjawab pertanyaan tambahan Chan Chun Kuang (PKR-Semambu) pada sesi pertanyaan lisan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Chun Kuang bertanya tentang perancangan kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun dalam peningkatan hasil cukai dan adakah kadar cukai akan dinaikan.

Wan Rosdy juga menjelaskan usaha yang akan dilaksanakan ialah dengan meningkatkan hasil tanah tanpa menaikkan cukai tanah.

“Kita akan meningkatkan kutipan hasil yang berulang sebagai contohnya sekarang ini kita ada 740,000 hak milik tanah, yang ini kita akan tingkatkan hingga satu juta, bermakna hasil tahunan akan meningkat,” ujarnya.

Beliau dalam masa sama turut memperincikan kutipan hasil negeri sehingga Disember 2022 yang mencecah RM1.288 bilion.

“Kutipan hasil tanah merekodkan kutipan tertinggi dengan RM754.8 juta diikuti hutan (RM134.18 juta), air (RM23.85 juta), lain-lain hasil (RM284.15 juta) dan geran persekutuan (RM91.02 juta),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya