Nak kurus bukan kerana cercaan orang - Janna Nick

Nak kurus bukan kerana cercaan orang – Janna Nick

JANNA Nick terbuka menerima teguran dan pandangan tetapi bukan yang berbentuk menjatuhkan. – UTUSAN/SYAWAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kata-kata hinaan dan cercaan berhubung saiz tubuh badan bukan punca utama pelakon, Janna Nick bersungguh-sungguh berusaha untuk mengurangkan berat badannya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, jelas Janna, 27, sebagai selebriti dia tahu kepentingan untuk sentiasa tampil lebih sihat dan menarik mengikut keselesaan diri sendiri.

“Saya sedar diri, bukan terkesan dengan cercaan atau hinaan segelintir netizen. Ada perbezaannya di situ. Demi kerjaya seni, saya perlu mengurangkan berat badan.

“Memang sebelum ini, ramai yang bodyshaming tetapi itu tidak menjadi sebab untuk saya berusaha mengurangkan berat badan.

“Saya terbuka dan terima teguran serta pandangan tetapi bukan yang berbentuk menjatuhkan,” ujarnya.

Pelakon Bukan Puteri Lindungan Bulan itu sebelum ini memuat naik video di Instagram dengan kapsyen seolah-olah mahu berputus asa untuk bersenam.

Menerusi kapsyen itu juga, Janna tertanya-tanya mengapa dia harus menyeksa diri untuk mengurangkan berat badannya.

Dalam pada itu, Janna menolak untuk melakukan sebarang rawatan atau pembedahan untuk mendapatkan berat badan ideal.

“Saya tahu, banyak sahaja cara mudah untuk menguruskan badan. Tetapi buat masa ini, saya masih mampu memaksa diri sendiri berusahan mencapai berat badan ideal.

“Kapsyen itu sekadar luahan hati. Ketika itu saya penat dan agak terkesan dari segi mental. Tetapi itu adalah hakikat yang saya perlu telan dan hadap,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN