Muktamar Pas ditangguhkan beri laluan kepada PRN

Muktamar Pas ditangguhkan beri laluan kepada PRN

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas memutuskan untuk menangguhkan muktamar parti itu yang sepatutnya berlangsung pada Rabu hingga Jumaat ini di sini dipinda ke satu tarikh baharu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Setiausahanya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penangguhan itu membuka ruang seluas-luasnya kepada Pas untuk memberi tumpuan berdepan PRN di enam buah negeri.

“Setakat ini, tidak dipastikan sama ada ia (muktamar) akan diadakan pada Ogos atau September. Tahun lepas ia diadakan pada September, jadi jika diadakan pada September atau Oktober belum dikira lewat kerana belum mencapai tempoh setahun.

“Muktamar kali ini juga akan diadakan pemilihan, namun setakat ini saya tidak nampak ada sebarang riak perubahan kepimpinan parti kerana saf yang ada kini diterima secara umum,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen dan Kawasan Kota Bharu, di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Takiyuddin turut memaklumkan Pas Pusat akan menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu ini bertempat di Alor Setar, Kedah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya