KPT laksana sistem anjal, tarik minat sambung pengajian - Utusan Malaysia

KPT laksana sistem anjal, tarik minat sambung pengajian

MOHAMED KHALED NORDIN (tiga dari kiri) menghadiri Program Semarak Komuniti Kota Tinggi bersama UMT di Sekolah Kebangsaan (SK) Sedili Besar, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melakukan beberapa perubahan bagi menarik minat golongan muda di negara menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk melaksanakan sistem pendidikan secara anjal.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perubahan itu termasuk melakukan sesi pembelajaran secara fizikal selama beberapa tahun di universiti dan rumah. 

“Keduanya, beberapa kursus dipendekkan dari empat tahun ke tiga tahun. Ketiga, pengendalian seperti asasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) boleh masuk dengan keputusan ‘basic’ tetapi mereka boleh ke peringkat yang mana mereka mahu.

“Keempat, kalau masuk menerusi politeknik selama tiga tahun, bila sambung boleh terus masuk tahun dua. Jadi, kita akan jadikan semua itu lebih mudah dan kita juga akan tekankan latihan industri dan ‘work base training’, tidak semua pembelajaran mesti dalam kelas, pelajar berada beberapa bulan di industri, di lapangan.

“Itu semua sedang dirangka dan saya akan umumkan semua perkara ini pada penutupan Program Jom Masuk U yang dijangka pada 4 Jun ini,” katanya diminta mengulas tarikan ekonomi gig dalam kalangan golongan muda sehingga dikhuatiri mengurangkan minat mereka untuk melanjutkan pengajian ke IPT.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi menghadiri Program Semarak Komuniti Kota Tinggi bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Sekolah Kebangsaan Sedili Besar, di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan, permohonan kemasukan ke universiti yang direkodkan sejak tahun 2020 hingga 2022 menunjukkan peningkatan dengan kapasiti universiti awam secara purata pengisiannya juga telah mencapai 85 peratus. 

“Memang daripada segi permohonan meningkat tetapi kalau ada pelajar tidak minat masuk universiti saya berharap masyarakat, sekolah dapat main peranan untuk meningkatkan minat mereka. Saya sedar bahawa antara lain punca pelajar tidak tertarik hendak sambung pelajaran kerana lihat soal pekerjaan dan pengangguran serta mereka juga lihat soal gaji tidak setimpal dengan kelulusan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled memberitahu, pihaknya  akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengurangkan lambakan graduan perguruan di negara ini.

“Soal kita sekarang, mungkin ramainya yang ambil kursus perguruan kita perlu lihat bahawa keperluan perguruan bukan sahaja diletakkan di bawah kerajaan, dia boleh juga diletakkan swasta dan jadi guru di luar negara. 

“Saya juga sudah beritahu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk dia beri tumpuan pengeluaran guru untuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.